#Kedah – Seorang pengawal keselamatan mendakwa berjaya merakamkan satu objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum objek terbabit hilang.....
#Pengawal keselamatan tersebut, Mahmood Hamid, 65, berkata dia ternampak pemandangan matahari terbenam luar biasa ketika melalui jambatan yang menghubungkan Pinang Tunggal Kedah dan Pulau Pinang kira-kira jam 7 malam kelmarin...
>> "Cahaya itu nampak cantik, jadi saya rakamkan gambarnya. Lepas itu, bila dongak semula, saya nampak ada objek macam piring terbang di lokasi sama," katanya memetik laporan Sinar Harian....
#Tambahnya lagi, kerana tidak bersedia menerima kejutan itu, dia hanya dapat mengambil gambar bahagian sisi objek itu....
>> "Objek ini sangat besar, menutupi jambatan dan sungai. Seakan tak percaya dengan apa yang saya nampak....
>> "Saya pernah dengar cerita mengenai UFO dan sangka ia sekadar dongeng atau rekaan fiksyen. Tapi, bila lihat dua gambar yang saya ambil, objek itu memang wujud," katanya....
#Memperincikan apa yang dilihatnya, dia menyatakan objek itu mempunyai dua corong udara....
>> "Satu daripada corong itu hasilkan kabus warna ungu yang sangat cantik," katanya....
#Seorang lagi lelaki, Arifin Azin, 53, turut mendakwa dia pernah melihat objek yang sama ketika dia berusia lima tahun di Kampung Pengkalan Semeling....
>> "Objek setinggi 0.5 meter itu datang dekat hingga saya cuba untuk tangkap. Tapi tak berjaya dan ia hilang di kawasan hutan," katanya.....
#Ingin mencari kesahihan apa yang dilihat, rakan mereka, Md Shah Ismail, 59 cuba melihat beberapa contoh rujukan maklumat seperti UFO yang dipaparkan....
>> “Berdasarkan bahan bacaan yang ditemui, lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun sekitar 1981 hingga 2008....
>> "Tanjung Sepat dan Sungai Petani antara lokasi paling kerap ia muncul,” katanya - SUMBER...
0 comments:
Post a Comment