"Mangsa takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya, sekiranya bakal suami enggan bersama apabila mengetahui dia pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.
"Bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada mangsa," katanya kepada pemberita pada Isnin.
"Dia (bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh menghantar video aksi ghairahnya, menyentuh badannya atau melakukan hubungan seks," katanya.
Mangsa memilih cara yang pertama.
"Wanita itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit. Bagaimanapun, dia memilih cara kedua kerana tidak mahu mengirimkan lagi video berkenaan.
"Mangsa bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada 16 April lalu di sebuah pondok dekat Bukit Broga," kata Abdul Rashid.
Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu menyentuh badannya.
"Sebaliknya, bomoh itu mer0g0lnya," katanya, sambil menambah mangsa membuat laporan polis pada malam yang sama kejadian berlaku.
Suspek turut ditahan pada hari yang sama.
"Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis mengenai bomoh itu pada 27 Mac lalu, pada hari mereka bertemu.
"Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bernafsu," katanya.
Bomoh itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana mer0g0l.
0 comments:
Post a Comment