ISU BERBIKINI ! NOR ALBANIAH JAWAB DENGAN SELAMBA!

#Sinonim dengan imej seksi sejak mula menceburi industri hiburan sekitar tahun 90 an, pelakon Nor Albaniah yang kini sudah berusia 45 tahun tidak endah akan kritikan anak muda mengenai imejnya itu di Instagram kerana menganggap mereka generasi baharu yang tidak mengenalinya.....




#Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi....

#Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian....

#Malah, beliau tidak merasakan pemakaian beliau itu terlampau seksi dan buat Nor Albaniah apa yang penting adalah keselesaannya.....

#Tambah, Nor Albaniah lagi beliau sama sekali tidak terjejas dengan komen-komen negatif tersebut dan hanya akan memadam komen-komen yang diluar batasan sehingga boleh menjatuhkan maruah.....

#Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa.....

#Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah. Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh.....



0 comments:

Post a Comment