#Sesat lagi menyesatkan – itu konklusi yang boleh diberikan terhadap seorang ‘kiyai’ negara seberang yang membuat pengakuan tergempar pernah nikahkan pasangan sejenis kepada portal berita Malaysiakini.....
#Abdul Muiz Ghazali, Pensyarah Agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif) yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat mengakui dia pernah menikahkan seorang lelaki dengan mak nyah!....
#Malahan, dia mendakwa terdapat ustaz dan kiyai lain di negaranya turut melakukan tindakan serupa....
#Dalam satu sesi wawancara bersama portal berkenaan, dia menyatakan sudi jadi jurunikah kepada pasangan songsang selepas mereka tampil menemuinya dan mengakui saling mencintai....
#Lebih mengejutkan oleh kerana Indonesia tidak mengiktiraf pernikahan golongan sejenis, Muiz berkata, dia telah mengeluarkan sijil nikahnya sendiri buat pasangan terbabit.....
>> “Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula....
#Saya yang akan menceraikan nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan), disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat.”....
#Entah mana syariat yang dirujuknya, Muiz menambah, “Islam tidak pernah melarang pernikahan berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak.”.....
#Bagi menyokong dakwaannya, Muiz memetik sepotong ayat Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat ke-14, yang menyebut bahawa Allah mewujudkan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.....
>> “Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.....
#Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya......
#Singkap ‘kiyai’ ini lagi, sebelum ini dia tidak menerima golongan tersebut, namun berubah fikiran setelah dia melakukan kajian sendiri......
#Malah dia sanggup menyamar sebagai individu gelandangan semata-mata untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan......
>> “Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama,” katanya......
#Lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa golongan itu ke pesantren (sekolah agama) bagi mendekati ilmu agama.......
>> “LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.”.....
#Bukan menidakkan intuisi murni si ‘kiyai’ Muiz ini dalam usaha mendekatkan golongan mak nyah dengan Islam, namun pepatah ‘niat tidak menghalalkan cara’ amat sesuai menggambarkan senario tersebut......
#Mana tidaknya, sudah terang lagi bersuluh bahawa sejarah Nabi Luth dan kaumnya yang mengamalkan orientasi seksual songsang telah dilaknat Allah S.W.T hingga diturunkan musibah.....
#Paling keji, apabila si ‘kiyai’ ini cuba mengeksploitasi ayat Al-Quran dengan terjemahan diputuskan sendiri sesuka hati semata-mata mengiyakan tindakannya.....
Bagaimana pun dia mendapat kecaman dari masyarakat.... dan kamu sudah melanggar hukum Allah... tunggu saja balasan kamu nanti...
0 comments:
Post a Comment